Monday, April 20, 2009

my.HIV

Kira-kira 500 orang rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat dijangkiti AIDS sejak penyakit itu mula dikesan pada 1986.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, dalam tempoh 21 tahun sehingga Disember tahun lalu, sebanyak 80,938 kes jangkitan HIV dilaporkan di negara ini.
Dalam tempoh itu juga, kata beliau, seramai 13,635 pesakit AIDS direkodkan dengan jumlah kematian akibat penyakit itu berjumlah 10,334 kes.
"Daripada keseluruhan kumulatif kes tersebut, 72 peratus jangkitan berlaku di kalangan kaum Melayu, diikuti kaum Cina sebanyak 14.7 peratus, India sebanyak 8.1 peratus dan selebihnya kaum lain-lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian sambutan Hari AIDS Sedunia 2008 peringkat negeri Sabah di sini hari ini.
Hari AIDS Sedunia disambut pada 1 Disember setiap tahun dengan tujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai AIDS.
Azizah berkata, penyumbang terbesar kepada jangkitan HIV di negara ini adalah di kalangan penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan.
Katanya, sebanyak 71.8 peratus daripada jumlah kes HIV di negara ini berpunca daripada berkongsi jarum suntikan di kalangan penagih dadah dan 16 peratus melalui hubungan seks.
Dalam pada itu, katanya, sebanyak 143 kes kematian akibat HIV direkodkan di negeri ini dalam tempoh 17 tahun sehingga Disember tahun ini.
"Di negeri Sabah sejak tahun 1991 sehingga kini, sebanyak 958 orang dijangkiti HIV manakala 319 menghidap AIDS," ujarnya.
Sementara itu, katanya, setakat ini seramai 25 juta penduduk dunia terbunuh akibat AIDS dan seramai 33.2 juta orang dijangkiti HIV

No comments: